Pembiayaan peribadi telah menjadi produk pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain lebih mudah dimohon berbanding pembiayaan yang lain, pembiayaan peribadi juga telah meraih populariti yang tinggi disebabkan kemudahan akses dan kepelbagaian produk yang bersesuaian dengan keperluan.
Tidak Terikat Dengan Tujuan Tertentu
Salah satu keistimewaan yang menarik daripada pembiayaan peribadi adalah fleksibilitinya. Tidak seperti jenis-jenis pembiayaan lain seperti pembiayaan perumahan ataupun pembiayaan kenderaan, produk pembiayaan peribadi menawarkan kebebasan dan bersifat pelbagai tujuan kerana pemohon tidak perlu menyatakan keperluan untuk memohon pembiayaan tersebut secara spesifik. Dalam erti kata lain, pembiayaan yang bakal diperolehi boleh digunakan mengikut keperluan dan keinginan diri sendiri.
Secara amnya, pemohon pembiayaan peribadi memerlukan pembiayaan untuk keperluan peribadi seperti menangani kecemasan, perkahwinan, pendidikan, melunaskan hutang, pengubahsuaian rumah, melancong dan memulakan perniagaan. Oleh itu pemohon mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan kewangan yang terbaik bagi mereka tanpa terikat oleh sekatan tujuan yang tertentu.

Kadar Faedah Rendah dan Berpatutan
Salah satu kelebihan ketara pembiayaan peribadi adalah kadar faedah yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding dengan kadar faedah kad kredit. Bagi mereka yang memiliki sejarah kredit yang cemerlang dan boleh dipercayai, peluang untuk mendapatkan kadar faedah pinjaman peribadi yang sangat rendah adalah sangat tinggi. Dengan ini, peminjam dapat menikmati bayaran ansuran yang lebih berpatutan dan menjimatkan berbanding dengan menggunakan kad kredit.
Meningkatkan Skor Kredit
Salah satu strategi terbaik untuk meningkatkan skor kredit adalah dengan mendapatkan pembiayaan peribadi. Ini kerana apabila anda melakukan pembayaran secara teratur, skor kredit anda akan meningkat sekaligus meningkatkan kredibiliti kewangan anda.
Skor Kredit sebagai Penilaian Prestasi Kewangan
Pasti anda tertanya-tanya apakah keperluan skor kredit? Apabila anda membuat permohonan pembiayaan termasuk pembiayaan rumah, adalah perkara biasa untuk pihak bank atau institusi kewangan bertanya mengenai sejarah pembiayaan anda yang terdahulu. Dalam menilai permohonan anda, salah satu faktor utama yang diambil kira adalah skor kredit. Ini adalah penanda aras yang digunakan untuk menilai prestasi anda dalam membayar pembiayaan-pembiayaan sebelum ini, dan ia memberikan gambaran tentang bagaimana anda menguruskan kewangan anda.
Jadi dengan skor kredit yang cemerlang akan membuka pintu kepada peluang kewangan yang lebih besar di masa hadapan.
Penyatuan Hutang
Kadar faedah yang rendah berbanding hutang lain seperti kad kredit dan lain-lain adalah salah satu kelebihan utama pembiayaan peribadi. Ia membolehkan anda menggunakan pembiayaan peribadi untuk menggabungkan dan melangsaikan hutang-hutang yang sedia ada sekaligus mengurangkan komitmen pembayaran bulanan anda secara signifikan.
Proses penyatuan hutang juga mempermudah urusan kewangan anda kerana kini anda hanya perlu membayar kepada satu institusi kewangan berbanding dengan pelbagai hutang yang perlu dilunaskan sebelum ini.

Tiada Syarat Cagaran
Kebanyakan produk pembiayaan peribadi tidak memerlukan sebarang aset sebagai cagaran. Ini menjadikannya pilihan yang tepat dan paling selamat tanpa risiko kehilangan harta berharga.
Peluang Simpanan atau Pelaburan
Mengumpul simpanan kebiasaannya memerlukan tempoh masa yang panjang. Manakala melabur dalam pelbagai instrumen pula bergantung kepada jumlah simpanan yang ada. Itulah sebab terdapat produk pembiayaan yang disediakan untuk membantu anda mencapai matlamat kewangan anda.
Namun, dengan pembiayaan peribadi, anda boleh memiliki simpanan yang lebih ataupun memilih instrumen pelaburan yang sesuai tanpa terikat kepada satu pilihan sahaja. Anda juga mungkin menerima tip mengenai pelaburan yang menguntungkan atau peluang perniagaan yang menjanjikan. Bayangkan jika anda mempunyai wang tunai untuk melabur apabila peluang-peluang menarik ini muncul.

Pembiayaan Peribadi Terbaik dengan Manfaat Berganda
Atas pelbagai manfaat berikut CoshareEZ ingin membantu anda, penjawat awam untuk meraih kebebasan kewangan bersempena dengan bulan kemerdekaan ini.
Raih peluang Pembiayaan Peribadi Merdeka CoshareEZ bernilai RM30,000 ke atas dan nikmati ganjaran ISTIMEWA Diskaun Cukai Jalan bernilai RM100 atau Akaun Emas bernilai RM100* secara PERCUMA!
Dapatkan pembiayaan peribadi terbaik sehingga RM200K dengan kadar tetap dan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun untuk manfaat maksimum tanpa membebankan komitmen bulanan anda.
Rebut peluang keemasan ini untuk mengurangkan hutang dan mengukuhkan kewangan anda dengan memohon pembiayaan peribadi anda sekarang daripada staff Coshare Holdings Berhad dan nikmati manfaat berganda menuju kebebasan kewangan anda pada masa hadapan.
