Pembiayaan Peribadi Khas Penghargaan Penjawat Awam Sempena Merdeka!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

CoshareEz mengucapkan jutaan terima kasih kepada penjawat awam atas kesungguhan dan dedikasi sepanjang berbakti kepada negara. 

Di atas penghargaan tersebut, kami ingin meraikan ANDA yang bergelar penjawat awam!

Jadi sepanjang bulan kemerdekaan ini, anda layak untuk mendapatkan produk khas Pembiayaan Peribadi Coshare bernilai RM30,000 ke atas dan nikmati ganjaran ISTIMEWA Diskaun Cukai Jalan bernilai RM100 atau Akaun Emas bernilai RM100* secara PERCUMA!

Dapatkan pembiayaan peribadi terbaik sehingga RM200K dengan kadar tetap dan tempoh pembiayaan sehingga 12 tahun untuk  keuntungan maksimum tanpa membebankan komitmen bulanan anda.

Mulakan langkah pertama anda menuju kebebasan kewangan sepanjang bulan kemerdekaan ini. Dengan setiap Pembiayaan Peribadi Khas Merdeka ini, kami membantu anda menyatukan pembiayaan lama. Betapa tenangnya fikiran apabila anda tidak perlu lagi pening memikirkan betapa banyaknya pembiayaan berbeza, bayaran pada masa yang berlainan untuk jumlah yang berbeza dan kepada pelbagai pihak.

Komitmen kami untuk membantu perjalanan anda tidak terhenti di situ. Kami memahami keperluan anda. Kerana itu pemohon pembiayaan layak untuk mendapatkan diskaun cukai jalan sehingga RM100 untuk setiap permohonan Pembiayaan Peribadi Khas Merdeka ini.

Inginkan manfaat jangka masa panjang melalui pelaburan yang kukuh dan selamat? Ingin menyimpan dalam aset kalis inflasi untuk masa hadapan yang lebih cerah? Laksanakannya sekarang kerana dengan Pembiayaan Peribadi Khas Merdeka ini, anda juga boleh memilih untuk mendapatkan Akaun Emas bernilai RM100 secara percuma!

Kempen Merdeka berlangsung selama tiga (3) bulan bermula Julai sehingga September 2023.

Jangan ketinggalan. Mohon pembiayaan peribadi anda sekarang daripada staff Coshare Holdings Berhad dan nikmati manfaat berganda menuju kebebasan kewangan anda pasa masa hadapan!

Hubungi Kami

PEMBIAYAAN PERIBADI UNTUK SEKTOR KERAJAAN

×